Saturday, October 23, 2010

Gadis Di Bawah Pohon Hijau

Mata ini tidak mahu beralih sejak satu ketika itu,dia yang berada dibawah pohonan hijau itu dengan buku berwarna biru ditangan akan duduk bertuduh di situ menghadap ke tasik yang terbentang dihadapan sana. Hari pertama aku ke sini hati dan otak ini penuh dengan persoalan yang tak terjawab dengan hati yang berkocak tidak tenteram.

kereta yang dibawa menuju ke tasik berdekatan kawasan perumahan itu sentiasa menarik perhatian aku namun tidak pernah aku menjejak kan kaki ke sini.kepala disembambkan ke atas meja batu yang menjadi tempat untuk melepaskan rasa terkilan yang ditanggung didalam hati ini.

Nafas berat dilepaskan mata yang sejak tadi ditutup rapat terbuka luas apabila terasa akan kehadiran seseoarang disitu tidak jauh dari situ duduknya seorang gadis bertudung mencarik sesuatu didalam sing beg yang diletak kan bersebelah dirinya dibawah pohonan hijau yang dikeluarkan sebentar tadi terbang di tiup angin petang berterbagan ketas-kertas tersebut seperti burung yang dilepaskan dari sangkarnya.

Berlari gadis tersebut mengejar kertas-kertasnya.sehelai daripadanya tersadai ditepi kasut SB Nike ku.Tangan ini laju mencapai kertas itu, kertas yang dipenuhi dengan tulisan berdawat biru yang hampir memenuhi ruag kertas bersaiz A4 menarik perhatian untuk dibaca.

=Kristal=

Kristal indah dipandang mata,
bersinar bak bulan di malam hari,
Namun kristal mudah dilupai,
Pecah berderai mudah di ganti,
seumpama hidupku ini,
indah bak kristal di pancaindera,
kini dihujung tangkainya hati,
menunggu hari perginya nanti.
Dapat dirasai kehadiran seseorang disebelahku. gadis bertudung itu menuggu kertasnya dipulangkan kertas ditangan ku tadi bertukar tangan gadis itu tersenyum sangat manis sekali.

“Terima Kasih”katanya dan beredar kebawah pohon hijau itu semula.Sejak dari hari itu aku bagaikan terkena panahan arjuna..lawak bila dikatakan bergitu tak pernah merasai perasaan serbergini sehinggakan sanggup aku menuggu dibawah pondok yang sama saban hari sejak tiga bulan lepas .Gadis itu tetap akan duduk dibawah pohon yang sama bersama buku yang sama kini aku mampu mengigati masa sekitar empat setegah gadis itu akan datang dan duduk dibawah pohon yang tidak jauh dari pondok yang dihuni oleh aku dan pulang tepat jam enam petang.



Aku yang memandang dari jauh hanya ini akan memanstikan aku datang berberapa minit lebih awal dari gadis itu dan pulang selepas tiga minit berlalu dari jam enam petang.Pernah sekali ada gerakan untuk pelajar-pelajar pra-u dan aku hampir terlambat ke tasik namun bila aku sampai disitu gadis tersebut tidak kelihatan aku menunggu hingga tepat jam enam petang namun masih tiada bayang gadis tesebut keesokan harinya baru terlihat bayang gadis itu aku tersenyum apbila terpandangkan gadis itu berjalan ke arah tempatnya.Buku rujukkan pengajian am menjadi teman aku seban hari ke sini.



kelmarin merupakan hari yang aku bagaikan pari-pari berterbangan di awan biru.Dia tersenyum kepada penghuni pondok pinjam ini buat kali keduanya tapi kali ini tampa sebab.Senyuman itu bagaikan eletric short yang terkena diri ini hampir seharian aku tersenyum bagaikan kera tak tentu arah hampir semua orang bertanya pelik kapada ku.Sejak dari hari itu aku nekad untuk menegur gadis itu ingin bertanya apa maksud puisi yang ditulis dan sebabnya dia tidak menhadirkan diri di tasik itu ada hari-yang tertentu .Sejak dua hari lepas gadis itu langsung tidak muncul ini merisau kan aku.Namun aku tetap menjadi penunggu setia disitu dan penuguan ku berhasil apabila dia memunculkadiri sebentar tadi namun gadis itu kelihatan pucat dari biasa nampak tidak bermaya masih juga di bawah pohon hijau itu menghadap ke tasik namun dia tidak mengeluarkan buku biru yang menemaninya dalam masa satu jam setegah itu.



Suasana pada hari itu agak pelik pada ku dia juga banyak termenung dan tiba-tiba dia terlentok pada batang pokok itu.Tidak pernah aku lihat dia tertidur sebelum ini agak pelik pada pelihatan ku.Tidur ke dia.Aku membawa diriku perlahan-lahan mendekati gadis yang seperti terlena disitu.

Aku memberanikan diri menyentuh bahunya untuk mengejut namun tiada riaksi aku menolak bahunya dari batang kayu itu dah tubuh kecil itu jatuh ke rumput.Alangkah terkejunya aku rupanya dia pengsan seketika tadi.

Didalam kepala ni hanya ada satu benda yang terbayang 'Hospital' secepat mungkin aku mengambil barang-barangnya dan membawanya ke kereta untuk dibawa ke hospital.

Apabila sampai dihospital dia dibawa ke bilik kecemasan dan kini jam sudah menunjukkan sembilan malam aku tidak mengenali gadis ini ?siapa ibu bapanya?di mana rumahnya?dan siapa nama gadis ini aku langsung tidak mengenali dia.

katil yang diletakkan gadis itu disoronag keluar seorang jururawat mendekati aku

"Awak kenal gadis ini?"aku mengeling laju.

"adik kenal dia?"tanya jururawat itu dengan riak tidak percaya.

"saya selalu jumpa dia dekat tasik dekat dengan rumah tiba-tiba saja tadi dia pengsan jadi saya terus terfikirkan hospital."kata ku terus terang

"Itu beg siapa tu"jururawat itu menuding kepada sling beg disebelah ku.

"Beg dia."kata ku pantas.

"oh kalau macam tu jom ikut akak nanti adik boleh beri dia beg tu."

"Akak dia sakit apa?"tanya ku ingin tahu namun jururawat itu hanya tersenyum memandang ku.aku dibawa ke tingkat tiga dihadapan pintu berwarna putuh itu jururawat tersebut membenarkan aku melawat gadis itu pintu itu diketok sebelum aku masuk.



Gadis itu bagaikan menunggu aku dia menyambut ku dengan senyuman.

"maaf saya menyusahkan awak"ayat pertamanya bila aku duduk dikerusi disebelahnya.

"Tak..tak menyusah kan langsung"aku menghulurkan beg itu kepada tuanya semula.

"terima kasih"dia tersenyum lagi kepada aku."saya nak tahu nama awak boleh?"

"Eric"kata ku pendik.

"saya amani"kami berbual-bual sehingga jam menunjukkan hampir dua belas malam.

"saya ada satu sahaja soalan lagi untuk awak...kenapa maksud puisi keristal tu"

"awak akan tahu nanti bukan sekarang."

"saya balik dulu esok saya datang lagi InsaAllah seronok berbual dengan awak amani"

"saya pun Eric"aku melambaikan tangan padanya dan dia membalas aku rasa amat gembira bibir ini asik tersenyum tidak berhenti.
..........................................................................................................................................
  Kesokkan harinya aku datang ke wad  itu tapi dilihat katil Amani sedang dikemas oleh jururawata
aku merasakan tidak sedap hati aku pergi ke arah jururawat itu untuk bertanya.
 "Maaf saya nak tahu mana pesakit yang duduk dalam bilik ni?"
 "Masud awak Amani?Eric mengganguk laju.
 "Dia meninggal pagi tadi."Eric kaku disitu dia baru mengenali Amani semalam dan dia sudah tiada lagi
pagi ini.
 "boleh saya tahu dia sakit apa?"
 "Lukimia"
 "Terima kasih"setakat itu sahaja yang mampu dijawab.langkahnya longlai keluar dari wad tersebut
............
Dua tahun berlalu sejak kematian Amani si gadis dibawa pohon hijau ku.Sejak dari hari itu tidak pernah lagi aku menjejakan kaki ke tasik itu lagi.Namun kali ini entah kenapa aku kesini sekali lagi.Tasik itu terasa sayu kerana aku tahu Amani si gadis yang aku tunggu saban hari dulu tidak akan muncul kembali dibawah pohon hijau yang sama berdekatan pondok yang satu ketika dulu aku pinjam untuk berteduh.
Aku berjalan kearah pondok itu dan duduk memandang kearah tasik melepasi tempat yang selalunya disi oleh aruah Amani.Tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebat mengejut kan aku.dapat dilihat seseorang sedang berlari ke arah pondok itu.Aku terkesema memandang gadis yang memasuki pondok itu yang hampir basah tudung yang dipakai.
"Maaf boleh saya tumpang duduk disini ."masih tiada riaksi dari Eric yang betul-betul terkejut melihat gadis itu.
"Saya Amani,awak?"

No comments:

Post a Comment