Thursday, August 23, 2012

Cerpen: Kisah Raya Suri

Raya...
Tahun ni dia datang ke tidak ye? kalau dia datang sekalipun Suri kau boleh buat apa dok cam tu jelah tak ada peningkatan pun.Sudah hampir 2 tahun berturut-turut raya dia grenti datang.Hati kau pun duduk tak berubah macam tu jugak dari lima tahun lepas.Oh,Abang Surau kalau lah kau tahu isi hati ni agaknya kau mesti lari bermilion-milion batu dari aku.Apa tidaknya cik abang surau ni sikit punya pemalu mata dia yang entah cantik entah tidak tu kalau boleh nak pejam terus kalau cakap dengan aku ni.
...
Raya 5 tahun lepas.
"Akak, senyum-senyum dari tadi apasal gila eh?"Rifiki buat muka pelik tengok Suri.
"Penyebuk main jauh-jauh"Geram betul aku dengan adik seorang ni.Oh! abang surau a.k.a Abang Shah sebelah rumah datang lah Suri sebelah rumah ni setia menunggu.Gatal sungguh kalau tahu dek Mak mampus aku kena bebat.
Kenapa aku panggil abang Shah, Abang surau? Sebelum ini tak pernah aku nampak dia dan tak tau pun yang Abang Shah ni duduk sebelah rumah.Kalau nampak dia bila ada majlis dekat surau sahaja.That why gelaran abang surau tu melekat.
Satu hari tu masa Terawih malam 1 ramadan ternampak dia sebab memang kalau jemaah lelaki masuk surau gerenti nampak sebab surau ni kecik saje kat tempat tirai penghalang lah letak pintu masuk jemaah lelaki.Malam ke-2 pun ada dan semanjak hari itu kalau pergi terawih dapat buat 8 pun jadilah.Tetapi di sini ingin aku katakan aku pergi terawih memang sebab Allah S.W.T bukan sebab lain ada Abang Shah tu kira bonus sambil beribadah sambil cuci mata.
Ada satu malam tu aku dapat buat 8 rakaat je tak macam selalu kalau malam minggu misti buat 20.Walau bagaimanapun malam tu perut aku meragam grenti sebab ayam golek sedap orang sebelah bagi.Kalau tak sebab ayam golek sedap yang ada masa bulan ramadan sahaja punya pasal misti aku dapat buat pahala lebih hari ni.
Perut aku ini mengulas-gulas sahaja dari lepas buka lagi tapi degil punya pasal pergi juga terawih.Selipar mana selipar aku ni selipar o... selipar.Dapat sahaja selipar tercocet-cocet Suri jalan tak tengok kiri kanan dah jalan saja jauh perjalanan ni.
Gedebuk, Adoi bila masa pulak tengah jalan ni letak signbord sakit kepala aku.
"Adoi.."Bunyi orang mengerang.Eh manusia bukan signbord ah.
"Pak cik sorry,Pak cik sorry,saya tak sengaja."Suri cepat-cepat minta maaf tak tengok orang yang dilangar itu.
"Pak cik!"Suara tu terjerit.
Suri terus angkat muka nak tengok orangnya.Alamak bukan pak cik tapi cik Abang Surau lah.Malu...malu aku nak letak mana muka ni.Ah...nak jadi woodpacker sakarang."Maaf ya encik saya tak sengaja."
"Tak apa awak bukan sengaja pun."Suaranya merdu rasa macam terbuai-buai di buatnya mampus."Awak ni cucu Tok Mak bawah ye?"
Eh dia ni cucu tok mak atas ke? cuma tok mak atas punya cucu atau cucu Mak Esah (Mak Esah tu mak angkat aku nama dia memang Esah bukan bomoh tau.)
"Maaf ye,saya nak tanya ni awak ni siapa?"Pusing-pusing anak siapa dia ni pening aku.
"Saya Shah cucu Hj.Nabsah."Dia kenalkan diri.
"Cucu tom mak atas ye.Tapi kenapa tak pernah nampak sebelum ni?"korek Suri jangan tak korek.Sambil berbual mereka melangkah balik.
"Sebelum ni tak duduk sini, Bila masuk U dekat sini baru ada balik rumah tok mak kadang-kadang itu pun tak selalu."Alamak dia senyum lah boleh jatuh jantung ini Mak..ayah selamatkan Suri.
"Patutlah.Abang ke hantar ayam golek petang tadi?"Wah dah panggil Abang tak boleh bla.Memang pun kena panggil abang muka dia nampak lebih tua tau lagi pun aku sekolah pun belum tinggal walupun dah Pra-U.
"Betulah tu.Tapi tak nampak pun petang tadi."Macam mana nak nampak aku tengah sedap buat kuak lentang atas sofa tadi.So dia lah yang hantar Ayam golek yang buat aku sakit perut ni sakit pun sakitlah orang dah ikhlas memberi kita terima sahaja."Boleh makan tak ayam tu?Abang ni sebenarnya perut ni tengah meragam maybe sebab ayam tu kut."Oh sah memang sah ayam itu punya pasal kalau tak cik Abang surau aku ni pun tak sakit perut dibuatnya.Eh sejak bila jadi hak milik kau? Entah tak tau he he he.
Dipendekan cerita sejak hari tu aku dah jadi penuggu tingkap yang setia.Siap tak hantar kereta pergi car wash lagi basuh sendirik tau bulan puasa pulak tu memang nak sengaja cari alasan nak bersidai kat luar dan segaja nak tinggikan bil air rumah.Bila nampak sahaja mulalah tersegeh-segeh macam orang kena sawan.Suri..Suri tak boleh den nak nolong.
Ada satu malam tu Abang Shah tak de dekat surau tak ada dekat rumah sebelah pun tak nampak sampai demam dibuatnya koronik betul.Kata Asmin aku dah kena penyakit gila bayang apa tidaknya sampai tidur pun termimpi mimpi gila lah tu habis kronik aku ini.
...
"Asalamualikum" Alert Suri terus kedepan tak tengok kiri kanan dah siapa makan kat meja makan siapa melepak dekat ruang tamu semua tak diendah.Abang Shah dah datang hantar makanan dengan adik sepupu dia.
"Walaikumsalam."Mula lah tu segih macam kerang terlebih gula.Rafiki yang duduk dekat depan pandang semacam tadi segih macam nak tercabut mulut sekarang dah macam nampak harta karun terus bersinar-sinar mamang dah berpanyakit Kak suri ni.
"Tok mak bagi lauk, mangkuk tapin tu nak balik ye."
"Nak masuk dulu tak?sebab nak salin lagi ni."Masuk,masuk,masuk doa Suri.
"Tak apalah kawan abang nak datang"Hish tak apalah sekurang-kurangnya ada alasan nak pergi rumah dia kejap lagi.
"Tak apa kejap lagi Suri hantarkan ye."Tengok tu kalau aku cakap dengan aku mata dia mesti tak tengok mata aku.Alim betul.
Suri cepat-cepat suruh Pn.Zalna isi mangkuk tepin dengan makanan dari rumah mereka tak sabar sudah nak ke sebelah ini.Baik aku bawak Rafiki tak nampak desperet sangat huuuuh.
Suri dan Rafiki mulakan langkah ke rumah sebelah yang berapa langkah saja."Asalamualikum"mereka serentak beri salam.
"Wakalaikumsalam, Suri dengan Fiki rupanya masuk-masuk"Ajak Tok mak atas.
"Tak apalah tok mak..."Belum sempat ayatnya habis ada lagi salam dari seseorang Suri beralih pandang pada yang memberi salam.Cun betul perempuan ni.Tak berkelip matanya memandang lawa gila, Siapa ni?
"Hah,Shira dah sampai Shah dah tunggu dari tadi."Sambut Aunt Sal.Ni ke kawan Abang Shah tu? Mushkil betul.
"Suri tak masuk?"ajak Aunt Sal pula.
"Eh,tak apa Anti banyak rumah lagi nak hantar."Terus Suri dengan Rafiki bersalam dan berlalu.Rafiki lihat peragai Suri yang ceria terus berubah mendung tiba-tiba.Ada hati dekat Abang Shah lah tu.
Apalah nasib bila aku suka saja mesti dah berpuya lepas tu sikit punya lawa pulak tu kalah actress holywood,bollywood dan seangkatan wood denganya.Tak apalah milik orang jangan nak kacau.
.....
Raya 2 tahun kemudian
Sejak kes raya 2 tahun lepas dah jarang Suri nampak Abang Suraunya.Setiap tahun sejak itu dibuat azam untuk lupa abang Surau a.k.a Abang Shah.Tapikan tak jalan.Dengar cerita Abang Shah dah sambung belajar dekat luar negara.Untung betul.Aku pulak dah dapat masuk U dekat pantai timur meyebabkan aku jarang balik.
Raya tahun ni aku balik raya lambat sikit sebab ada class sampai sebelum cuti raya.Rafiki yang paling beria suruh balik entah kenapa aku pun tak tahu.
Hari raya kali ini aku tak sibuk sangat makanan semua sepupu-sepupu aku yang hantar aku cuma uruskan hal dekat rumah sahaja.Malam 1 syawal keluarga tok mak atas turun beraya.Terkejut bila Abang Shah pun ada.Eh bukan dia dekat luar negara ke?
"Hai, Suri"Tegurnya.Suara tu lamanya tak dengar.Terbuai naik buai aku dibuatnya.Senyum sajalah Suri.
Baru aku nak beranga jauh sikit."Shah balik ni sebab dia nak bertunang tengah tahun depan habislah study dia ingatkan nak langsung."Suara Tok mak atas buat Suri rasa nak tercekek. berguling lah aku frast tak berabis Abang surau aku nak ditunangkan.Sudah Suri berhenti mengharap kau suka dia lebih gula lebih garam pun dia tak tahu Suri sudahlah.
Disebabkan berita itu,hampir seminggu Suri demam makan paracetamol berbiji pun tak jalan.Bila cerita dekat kawan aku Asmin itu dia hentam gelakan aku pulak.Geram tak berabis geram dibuatnya.Katanya aku ni bercinta pun tak pernah dengan Abang surau tu tapi kalah orang frast bercinta.Betul juga kata Asmin aku yang melebih orang tu tak ada apa pun.Nasib badan...
....
Raya tahun ke-4
Raya tahun ini aku tak balik.Cuti semester hari tu pun aku tak balik sebab Abang Shah kan nak beristeri jadi sebab tak nak makan hati.Aku pun buat pelan makan agin ke luar negara.
Simpan duit dan gaji kerja jadi tutor dapat aku simpan untuk buat jalan-jalan dengan Asmin ke luar negara.Kami back packing ke europe bila balik aku terus dah nak mula masuk kuliah balik jadi aku port dekat rumah kak Mimi kakak sepupu aku yang duduk dekat KL sahaja.
Kenapa raya tak balik? Aku dihantar ke luar untuk buat reseach satu group oleh itu kami semua tak dapat balik raya.Beraya diperantauan sedih o... Pagi raya dapat skype saja.Rafiki sampai menagis lagi sayang juga adik aku tu dekat aku.Mama dengan tok mak tak payah kata buat pakatan menagis depan skrin.Aku pun start air terjun gamaknya.Asal dengar lagu dendang perantau rasa nak guling, merangkak, berenang balik raya degan semua orang.Adoi suri statment tak boleh bla jalan macam biasa tak boleh agaknya.
Lantaklah Abang surau tu dah kahwin ke idak ke aku tak pedulik nak balik raya jugak.Tapi tak dapat pun.
Cerita Abang Shah tahun itu dari ajen tak bertauliah kak Mimi.Abang Shah belum kahwin lagi katanya tariknya ditunda ke akhir tahun pula.
Menyesal gila aku pergi backpacking hari tu kalau aku tahu aku pergi hujung tahun saja. Sudah nak kemana pulak hujung tahun ni...
.....
2 hari sebelum raya tahun ini.
Tahun ni aku dah start kerja.Disebabkan tahun lepas punya pasal lagi 3 hari nak raya aku dah tercogok depan pintu rumah tok mak.Dapat aku puasa dekat rumah tahun ini.
"Akak,mak rasa teringin nak minum air tebulah kamu belikan boleh."Pn.Zalna buat muka berharap habis.
"Orang pun rasa macam nak makan popia basah kat larkin tu kak, kita pergi baza jom" Aduh aku ni memang sensitif betul dengan perkataan baza tu lagi-lagi baza ramadan tak suka you. Ramai orang tu pasal aku tak suka pergi kadang nak dapat parking pun susah.
"Boleh kak,kesian dekat adik kamu tu teringin nak makan popia"
"Yelah,karang akak bawak"Rafiki terseyum gembira.Yay! dapat aku lepas kempunan nak makan popia basah.
.......
"Dah cukup belum?"Tanya Suri pada Rafiki.
"Dah"tangan Rafiki penuh dengan makanan : popia basah,Tau fu fa, air soya,buah rambutan.Aku pulak bawak air tebu yang mak pesan saja.
Suri dan Rafiki melangkah ke tempat parking.Tempat parking penuh siap double park lagi.Laju sahaja kereta di revurse keluar."Mak!"Jerit Suri kuat oh tidak aku dah kiss kereta orang.
Suri keluar dari kereta tengok kerosakan.Alhamdullilah sayang aku ini baik je tak ada calar tak ada kemik.Baru Suri nak tarik nafas lega dia terpandang kereta yang dia kiss tu kemik.Adoi mampus aku.
"Melayang..melayang."keluh Suri.
"Apa yang melayang"Tanya seseorang.
"Duitlah yang melayang tengok tu dah dented dahlah kereta mahal melayang duit gaji."Sedih betul.Eh kejap siapa yang tegur aku tadi. Suri terus pusing tengok orang yang masih berdiri disebelahnya.
"Asalamualaikum,Suri"sapa orang itu.
"Abang Shah!"Terkejut Suri dibuatnya hampir setahun tak jumpa tiba-tiba jumpa pelik pulak."Abang buat apa dekat sini?"Eh kenapa dia megeluh pulak tak kan."Kereta abang ya?"
Dia hanya mengangguk.Aduh yai setahun tak berjupa bila jumpa aku kiss kereta dia pulak tak dapat tuanya kereta aku pulak kiss kereta dia kenoning dibuatnya.
"Tak apalah Suri kita bincang nanti Suri dah nak balikan?"Suri mengangguk sahaja dah tak tau nak kata apa asik terpikir duit dekat bank yang akan merosot.Masuk terus dalam kereta.
"Fiki jangan beritahu sesiapa pun tau"warning Suri.Sedih betul raya dah kena guna banyak duit boleh pulak aku kiss Enci Abang Surau punya kerata keringlah aku nampanknya bulan ni.
.....
Malam raya.
Suri resah duduk salah berdiri pun salah.Abang Shah kata bincang nanti tapi dari semalam aku tunggu tak nampak batang hidung pun. Kereta yang aku bagi kiss itu adalah. Buat lipat ganda rasa bersalah ni tau.2 hari lepas terawih aku duduklah menunggu juga kalau dia nak bincang tapi bayang pun takda masa sebelum mula terawih ada, lepas itu hilang.Mamat ni tak nak ganti rugi ke?
"Akak kenapa ni?"Rafiki yang sedap tengok TV dari tadi menegur.
"Ada nampak Abang Shah tak dik?"
"Ada masa nak magrib tadi."Jawab Rafiki."Akak cari dia pasal kerata tu ke?"Bisiknya pula.Suri hanya mengangguk.
"Kenapa kak, cari Shah cucu tok mak sebelah ke?"Tegur Mak yang sibuk buat inspection pada Anis yang sibuk mengantung lagsir.
Aduhai mak aku ni teliga entina betul boleh pulak dia dengar."Tak ada apalah mak."Suri tengandap-gendap lagi dekat pintu rumah.
"Akak dari akak mengandap carik Abang Shah baik akak tolong Anis ni kak."Tegur Anis pula.Aduh Anis ni boleh pula dia cakap macam tu malunya.Tengok tu Mak dah pandang semacam si Rafiki pulak dah segeh satu macam suka lah tu.Menyampah.
Sebab malu punya pasal laju je aku ambik langsir yang belum berpasang terus pergi gantung.
"Cerita pasal Shah ni kan baru mak teringat..."Aduhai belum habis lagi ke." Hari tu masa kamu tak balik si Shah tu tak jadi kahwin." Hampir terlepas langsir di tangan.
"Ya mak,kenapa?"Lah tak jadi kahwin rupanya.Buat penat saja aku lari sana sini.Tapi muskil lah pulak kenapa tak jadi.Kena siasat nih.
"Entah mak pun tak tahu tok mak tak cerita pulak."Aduh mak ni spy tak boleh harap tul.Alhai nama pun spy tak bergaji dan tak sedar pun dirinya spy.
Patut lah aku tak ada nampak perempuan dengan dia.Hari tu pergi terawih pun aku tercari-cari juga awek cun yang aku jumpa raya 4 tahun lepas tapi tak ada pun so aku buat konklusinya isteri dia tak pergi terawih lah.Tak tahu pula rupanya tak beristeri lagi.Kak Mimi pun tak ada cerita langsung.
Kalau macam itu kira ada peluang lagilah ye.hehehe gatal tak sudah tahu dik Asmin mati aku.
"Kak senyum sorang-sorang tu makruh"Tergur Rafiki.Tahu saja Abang Shah tak jadi kahwin terus segih-segih nampak sangat suka dekat cucu tok mak atas tak reti cover betul.Kakak siapa lah ni?
....
Raya tahun ini.
Selepas semua orang lelaki balik sembahyang raya kami pun buka warunglah. Makan..makan dan makan.Bulan ramadan semua pulun nak diet datang shawal semua pulun makan.Macam mana nak kurus.Tak terkecuali diri sendiri sama je 2 kali 18 je.
"Asalamualaikum."Aik paginya dah ada orang bagi salam aku makan pun belum habis.Kuah kacang dengan sate disuap ke mulut tok mak punya sate goreng dengan kuah kacang memang marvelouse tak siapa boleh calenge Mak dengan anti-anti I pun kalah you.
"Suri!"Jerit mak dari depan.Apa mak ni panggil- panggil orang baru nak menikmati sate sedap.Mata Suri terus beralih ke depan nak tengok siapa datang.Tersedak aku bila nampak orang yang berdiri berdepan dengan mak.Habis hilang ayu aku.Ayah terus hulur air. Rafiki dengan Anis dah buat geng ketawa bila tengok siapa yang tegah berdiri dekat luar.
"Suri, Shah datang nak jumpa ni."panggil mak lagi.Kejap lah mak oi anak mu ini baru saluran pernafasanya lega tahu.Suri melangkah ke depan.Nasib baik aku dah siap bertudung dari pagi tak adalah aku terkejar-kejar carik tudung.
"Suri."Tegur Abang Shah.
"Mak suri dah ambik mangkuk makanan ke?" Tak nampak pun mak ambil mangkuk tepin tadi.
"Tak, kejap lagi Tasha hantarkan.Abang datang nak jumpa Suri."Ai Abang Shah ni kejap lagi tak boleh agaknya kalau pasal kereta itu.Pagi raya poket aku dah keringlah nampaknya.
"Pasal kereta ye.Okeylah kita cakap kat gazebo sana tu sajalah." Suri melangkah ke gazebo depan rumahnya di ikuti Abang Shah di belakang.
"Suri sihat?"Suri tersenyum saja.Mestila sihat abang oi kalau tak sihat tak adalah saya ni duduk depan awak glamour lagi dengan baju labuci-labuci bagai.
"Sihat"Abang Shah betulkan songkok.Aduhai handsomenya luruh jantung ku bergolek-golek dibuatnya.Hampeh betul tu baru betul songkok kalau buat benda lain pegsan terus aku naya.
"Pasal kereta tu.."belum habis cakap suri dah potong.
"Pasal kereta tu nanti Suri bayar ganti rugi tapi bang bulan depan boleh tak sebab duit gaji Suri belum masuk lagi pun Suri baru mula kerja lepas tu sekarang ini kan tengah bulan mana suri nak cekau duit dengan raya lagi banyak nak guna duit Suri harap abang paham..." Macam mecine gun Suri bercakap tak ada full stop dush..dush..dush dia bagi.
Abang Shah dah tak terkata apa.Suri diam Shah pun diam."Dah abang boleh cakap dah?"Tanya Abang Shah.Ai peli nampak tersegeh-segeh pulak dia betul apa aku cakap.
"Pasal kereta tu Suri tak bayar pun tak apa.."Ayat tak sempat nak habis Suri dah potong lagi.
"Tak payah bayar biar betul Abang Shah ni betul ke ni"
"Sabar,Abang belum habis cakap lagi Suri dah potong."Suri tergamam malu tahap cipan dah ni.
"Sorry"tu je yang boleh dia cakap.
"Suri ni klang kabut sangat tak apalah abang tetap suka." Nak terlopong Suri dibuatnya apa dia cakap 'suka' suka macam mana tu.Suri jangan nak menyayi lagu butterfly dulu.Suri pandang Shah tak berkelip biar betul mamat ni.
Abang Shah senyum lagi." Pasal kereta tu tak payah bayar kalau Suri sudi jadi suri dalam hidup abang."Suri dah melopong terkejut beruk.
Dari duduk Abang Shah on one knee depanya buat dia rasa nak menjerit."Suri sudi tak jadi isteri dan suri dalam hidup Abang?"
Aku mimpi ke? Tak aku tak mimpi memang betul Abang Shah, Abang Surau aku tengah melamar aku sekarang ini.
"Kalau dah suka tu setuju sajalah tak payah nak tarik tali sangat betul tak Anis."Sura Rafiki mencelah masuk ke teliganya.
"Betul..betul..betul"Sambut Anis pula.Suri terus beralih wajah ke arah suara mereka alangkah terkejutnya dia bila tengok rupanya adegan sebabak Abang Shah dengannya tadi dipertontokan oleh seluruh ahli keluarganya dan keluarga Abang Shah yang sedang berdiri di pagar rumah.
Malunya! Mesti muka aku dah merah macam biji saga dah ni.Suri terus bangun melangkah nak masuk ke rumah tapi tiba-tiba sahaja di berhenti patah balik ke arah Abang Shah yang sudah berdiri dengan muka hampa.
Tanganya di hulur.Bekerut dahi Abang Shah. "Bagi lah kotak cincin tu.."Abang Shah terus tersenyum lebar kotak cincin baldu biru itu diberi pada Suri.
"Suri terima ke?"Suri mengangguk laju terus masuk rumah tak pandang kiri kanan dah.Suara Abang Shah kata "Yes!" pun aku buat tak endah rasa nak masuk terus bawah katil sorok muka malu.Malu tapi mahu eceh Suri..Suri.
....
Raya tahun depannya baru kami bernikah sebabnya Abang Shah kena kerja di luar negara habis tempoh tu baru kami nikah.Cerita kereta yang aku kiss tu sebenarnya kereta mama Abang Shah.Abang Shah yang pergi betul dan aku pun tak bayar apa-apa pun.Mama kata Abang Shah yang tak reti jaga kereta dia bukan salah aku.
Selama hampir setahun bertunang kami hanya berhubung guna Skype dan Facebook sahaja nasib baik zaman teknologi canggih kalu tak sakit rindulah aku.Gatal tak berabis.Lantaklah gatal dengan hubby sendirik kut.
Adikku si Rafiki memang tak boleh harap habis dia cerita semua benda yang terjadi pasal aku memang shouk dekat Abang Shah sebelum ni.Buat aku pelik adalah bukan aku cerita dekat dia pun tapi dia yang pemerhati yang baik.
Abang Shah pula memang dah mula suka kat aku katanya lah.So aku tak lah tepuk sebelah tangan tak bunyikan.
Tiba-tiba ada tangan melingkar di pingganya."Abang sayang sangat dekat Suri tau"Kata Abang Shah tiba-tiba.
"Suri pun sayang abang banyak.. banyak"see dia pun cinta mati dekat aku tak terkata apa aku.Tuhanku aku sungguh bahagia.

The End
















Thursday, October 27, 2011

내 사랑?


Pernah tak awak semua bermimpi macam mana satu hari nanti jejaka idamal kalbu awak..awak melamar atau 'Purpose'.Tak pernah? satu ketika dulu aku pernah bermimpi jikalau jejaka idaman aku datang melamar dia akan buat benda ini.2 doven bunga rose akan dihatar kepada saya dengan sekeping nota yang mengatakan 'sila datang ke taman' .Dalam angan-angan saya taman itu ialah Central Park dekat New York.Akan ada 3 orang yang menunggu dengan memegang kertas warna merah hati dengan namanya dan penunjuk arah atas kertas itu.Check point pertama aku akan terima sekutum ros merah bersama gambarku.Check point ke-2 aku akan menerima sekuntum lagi mawar merah bersama gambar sekor kucing sedang meminta.Check Point ke 3 aku menerima sekuntum lagi mawar merah bersama gambar tangan berpimpin dan akhir sekali si dia menunggu ku degan perkataan "ME" yang dieja menggunukan kelopak rose merah on one knee dengan ovel cut diomon ring dari Tiffani & Co...Tetapi realiti sangat kejam...Kenapa??Sebab aku dilamar di kedai mamak...lagi sedih bukan dilamar tapi dia tanya "Boleh awak  tolong nikah dengan saya".Ahhhhhh...Kejamnya...

akan bersambung 내 사랑? 2...;)

Thursday, December 30, 2010

Smily me (6)

  halo..halo..eh salam asamualaikum...(Laugh)Oh well glad to write again..seriously dah terasa macam tak ada blog beberapa hari ni memandangkan baru beli PS3 sebelum pergi KL jumaat lepas..(laugh) Oh ye saya baru je balik dari KL dua hari lepas siap-siap terlupa ada novel tertangguh cakap pasal novel saya baru habiskan novel 1+3=1 masa kat KL hari tu...
 Nampaknya lepas ni selalu lah saya pergi KL rumah kakak saya yang satu tu tengok anak-anak comel dia..heheh tapi bila pikir balik rasa seram sejuk pulak nanti kena jadi mangsa buli abang muhammad Raian yang baru nak masuk enam tahun tu..naik lebam-lebam muka ni kena dengan budak kecik tu tu belum lagi luka atas mata yang dah jadi skar dah ni..
 Oh ye bila pergi KL maksudnya pulang membawa buku pinjam dan buku yang diberi pinjam saya sendirik tak sedar kakak saya dok simpan kan novel-novel  yang dia baca masa pantang dulu..nampaknya kena buat caculation balik ni hari tu bawak balik satu beg punuh bugs bunny juga novel-novel tu semua..
 Lepas baca buku 1+3=1 agak down lepas tu rasa tak berperasaan sekejap.Jangan tanya kenapa tanpa sebeb sebenarnya..Ah ada satu benda saya jumpa hari ni tak apa kalau kita tulis pasal true story yang di edit...sebab saya dapat rasa cerita tu ditulis dengan penuh perasaan kut..hehehe..sebenarnya saya baru habiskan buku JetJonah tahu masa first impereshion saya dekat Haris hari tu..Apa kes cerita ni penih satu rak yang di sediakan untuk JS..jet \jonah kampung betul tu apa yang saya kata sabtu dua minggu lepas tapi bila saya baca isi dia memang sangatlah okes..tak terlalu berat dan tak senpoi dan sakarstik macam Hlovate yang saya suka sangat baca buku dia.
  Tapi ada bab yang saya baca tak ada feel langsung dan ada tempat yang buat saya nak nagis dan seram sejuk bila nak tidur malam sebelum ni dan menyebabkan saya biarkan buku tu tersadai atas katil benda yang jarang dilakukan bila saya baca buku novel sebab selalunya saya akan ambik masa kurang dua belas jam untuk habiskan satu novel walaupun buku novel 'Twilight-Braking down' beratus-ratus muka surat tu.
 Ali class mate saya kata 'Boleh kau habiskan buku ni!' dengan mata dia sekali sambil belik buku tu tak percaya.
 Boleh je habis sikit hari hari tu saya dok shok baca buku kena ketok kepala dengan cikgu(Laugh) nama pun Class Add Met class paling tak suka!!!tapi cg ketok tak bertempat masa tu dah siap dah keja dia siap salin budak sebelah punya working..(laugh)
 Oh ye buku jetjonah tu sangat di saranka kepada yang berminat nak beli buku.Kalau nak baca pergilah dekat Js punya web and tekan dekat Ika Mendera bawah colem penulis.Ada satu part yang saya suka dlm buku tu part bila jonah pergi pasar dengan jet and penjual kat pasar tu semua handsome-handsome agaknya kalau dekat malaysia ni penjual ikan,ayam,sayur dekat pasar tu di tukar dengan abeng-abeng handsome hilang agaknya sakit saya bila pergi pasar..Penyakit saya yang tak boleh di ubati mungkin boleh hilang tiba-tiba dan ada jugak saya menapak pergi pasar hari-hari walaupun jalan kaki..(Laugh) Kalau Ada!hehehe...

Saturday, October 23, 2010

Gadis Di Bawah Pohon Hijau

Mata ini tidak mahu beralih sejak satu ketika itu,dia yang berada dibawah pohonan hijau itu dengan buku berwarna biru ditangan akan duduk bertuduh di situ menghadap ke tasik yang terbentang dihadapan sana. Hari pertama aku ke sini hati dan otak ini penuh dengan persoalan yang tak terjawab dengan hati yang berkocak tidak tenteram.

kereta yang dibawa menuju ke tasik berdekatan kawasan perumahan itu sentiasa menarik perhatian aku namun tidak pernah aku menjejak kan kaki ke sini.kepala disembambkan ke atas meja batu yang menjadi tempat untuk melepaskan rasa terkilan yang ditanggung didalam hati ini.

Nafas berat dilepaskan mata yang sejak tadi ditutup rapat terbuka luas apabila terasa akan kehadiran seseoarang disitu tidak jauh dari situ duduknya seorang gadis bertudung mencarik sesuatu didalam sing beg yang diletak kan bersebelah dirinya dibawah pohonan hijau yang dikeluarkan sebentar tadi terbang di tiup angin petang berterbagan ketas-kertas tersebut seperti burung yang dilepaskan dari sangkarnya.

Berlari gadis tersebut mengejar kertas-kertasnya.sehelai daripadanya tersadai ditepi kasut SB Nike ku.Tangan ini laju mencapai kertas itu, kertas yang dipenuhi dengan tulisan berdawat biru yang hampir memenuhi ruag kertas bersaiz A4 menarik perhatian untuk dibaca.

=Kristal=

Kristal indah dipandang mata,
bersinar bak bulan di malam hari,
Namun kristal mudah dilupai,
Pecah berderai mudah di ganti,
seumpama hidupku ini,
indah bak kristal di pancaindera,
kini dihujung tangkainya hati,
menunggu hari perginya nanti.
Dapat dirasai kehadiran seseorang disebelahku. gadis bertudung itu menuggu kertasnya dipulangkan kertas ditangan ku tadi bertukar tangan gadis itu tersenyum sangat manis sekali.

“Terima Kasih”katanya dan beredar kebawah pohon hijau itu semula.Sejak dari hari itu aku bagaikan terkena panahan arjuna..lawak bila dikatakan bergitu tak pernah merasai perasaan serbergini sehinggakan sanggup aku menuggu dibawah pondok yang sama saban hari sejak tiga bulan lepas .Gadis itu tetap akan duduk dibawah pohon yang sama bersama buku yang sama kini aku mampu mengigati masa sekitar empat setegah gadis itu akan datang dan duduk dibawah pohon yang tidak jauh dari pondok yang dihuni oleh aku dan pulang tepat jam enam petang.



Aku yang memandang dari jauh hanya ini akan memanstikan aku datang berberapa minit lebih awal dari gadis itu dan pulang selepas tiga minit berlalu dari jam enam petang.Pernah sekali ada gerakan untuk pelajar-pelajar pra-u dan aku hampir terlambat ke tasik namun bila aku sampai disitu gadis tersebut tidak kelihatan aku menunggu hingga tepat jam enam petang namun masih tiada bayang gadis tesebut keesokan harinya baru terlihat bayang gadis itu aku tersenyum apbila terpandangkan gadis itu berjalan ke arah tempatnya.Buku rujukkan pengajian am menjadi teman aku seban hari ke sini.



kelmarin merupakan hari yang aku bagaikan pari-pari berterbangan di awan biru.Dia tersenyum kepada penghuni pondok pinjam ini buat kali keduanya tapi kali ini tampa sebab.Senyuman itu bagaikan eletric short yang terkena diri ini hampir seharian aku tersenyum bagaikan kera tak tentu arah hampir semua orang bertanya pelik kapada ku.Sejak dari hari itu aku nekad untuk menegur gadis itu ingin bertanya apa maksud puisi yang ditulis dan sebabnya dia tidak menhadirkan diri di tasik itu ada hari-yang tertentu .Sejak dua hari lepas gadis itu langsung tidak muncul ini merisau kan aku.Namun aku tetap menjadi penunggu setia disitu dan penuguan ku berhasil apabila dia memunculkadiri sebentar tadi namun gadis itu kelihatan pucat dari biasa nampak tidak bermaya masih juga di bawah pohon hijau itu menghadap ke tasik namun dia tidak mengeluarkan buku biru yang menemaninya dalam masa satu jam setegah itu.



Suasana pada hari itu agak pelik pada ku dia juga banyak termenung dan tiba-tiba dia terlentok pada batang pokok itu.Tidak pernah aku lihat dia tertidur sebelum ini agak pelik pada pelihatan ku.Tidur ke dia.Aku membawa diriku perlahan-lahan mendekati gadis yang seperti terlena disitu.

Aku memberanikan diri menyentuh bahunya untuk mengejut namun tiada riaksi aku menolak bahunya dari batang kayu itu dah tubuh kecil itu jatuh ke rumput.Alangkah terkejunya aku rupanya dia pengsan seketika tadi.

Didalam kepala ni hanya ada satu benda yang terbayang 'Hospital' secepat mungkin aku mengambil barang-barangnya dan membawanya ke kereta untuk dibawa ke hospital.

Apabila sampai dihospital dia dibawa ke bilik kecemasan dan kini jam sudah menunjukkan sembilan malam aku tidak mengenali gadis ini ?siapa ibu bapanya?di mana rumahnya?dan siapa nama gadis ini aku langsung tidak mengenali dia.

katil yang diletakkan gadis itu disoronag keluar seorang jururawat mendekati aku

"Awak kenal gadis ini?"aku mengeling laju.

"adik kenal dia?"tanya jururawat itu dengan riak tidak percaya.

"saya selalu jumpa dia dekat tasik dekat dengan rumah tiba-tiba saja tadi dia pengsan jadi saya terus terfikirkan hospital."kata ku terus terang

"Itu beg siapa tu"jururawat itu menuding kepada sling beg disebelah ku.

"Beg dia."kata ku pantas.

"oh kalau macam tu jom ikut akak nanti adik boleh beri dia beg tu."

"Akak dia sakit apa?"tanya ku ingin tahu namun jururawat itu hanya tersenyum memandang ku.aku dibawa ke tingkat tiga dihadapan pintu berwarna putuh itu jururawat tersebut membenarkan aku melawat gadis itu pintu itu diketok sebelum aku masuk.



Gadis itu bagaikan menunggu aku dia menyambut ku dengan senyuman.

"maaf saya menyusahkan awak"ayat pertamanya bila aku duduk dikerusi disebelahnya.

"Tak..tak menyusah kan langsung"aku menghulurkan beg itu kepada tuanya semula.

"terima kasih"dia tersenyum lagi kepada aku."saya nak tahu nama awak boleh?"

"Eric"kata ku pendik.

"saya amani"kami berbual-bual sehingga jam menunjukkan hampir dua belas malam.

"saya ada satu sahaja soalan lagi untuk awak...kenapa maksud puisi keristal tu"

"awak akan tahu nanti bukan sekarang."

"saya balik dulu esok saya datang lagi InsaAllah seronok berbual dengan awak amani"

"saya pun Eric"aku melambaikan tangan padanya dan dia membalas aku rasa amat gembira bibir ini asik tersenyum tidak berhenti.
..........................................................................................................................................
  Kesokkan harinya aku datang ke wad  itu tapi dilihat katil Amani sedang dikemas oleh jururawata
aku merasakan tidak sedap hati aku pergi ke arah jururawat itu untuk bertanya.
 "Maaf saya nak tahu mana pesakit yang duduk dalam bilik ni?"
 "Masud awak Amani?Eric mengganguk laju.
 "Dia meninggal pagi tadi."Eric kaku disitu dia baru mengenali Amani semalam dan dia sudah tiada lagi
pagi ini.
 "boleh saya tahu dia sakit apa?"
 "Lukimia"
 "Terima kasih"setakat itu sahaja yang mampu dijawab.langkahnya longlai keluar dari wad tersebut
............
Dua tahun berlalu sejak kematian Amani si gadis dibawa pohon hijau ku.Sejak dari hari itu tidak pernah lagi aku menjejakan kaki ke tasik itu lagi.Namun kali ini entah kenapa aku kesini sekali lagi.Tasik itu terasa sayu kerana aku tahu Amani si gadis yang aku tunggu saban hari dulu tidak akan muncul kembali dibawah pohon hijau yang sama berdekatan pondok yang satu ketika dulu aku pinjam untuk berteduh.
Aku berjalan kearah pondok itu dan duduk memandang kearah tasik melepasi tempat yang selalunya disi oleh aruah Amani.Tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebat mengejut kan aku.dapat dilihat seseorang sedang berlari ke arah pondok itu.Aku terkesema memandang gadis yang memasuki pondok itu yang hampir basah tudung yang dipakai.
"Maaf boleh saya tumpang duduk disini ."masih tiada riaksi dari Eric yang betul-betul terkejut melihat gadis itu.
"Saya Amani,awak?"

one upon a time

di sini Ad akan himpun kan ceritera...mereka yang telah Ad wujudkan..